Main pages

Surah The Traducer [Al-Humaza] in Malay

Surah The Traducer [Al-Humaza] Ayah 9 Location Makkah Number 104

وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ ﴿1﴾

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ ﴿2﴾

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ ﴿3﴾

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ ﴿4﴾

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam \"Al-Hutamah\".

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ ﴿5﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia \"Al-Hutamah\" itu?

نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ ﴿6﴾

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ ﴿7﴾

Yang naik menjulang ke hati;

إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ ﴿8﴾

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ ﴿9﴾

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.